Tuesday 10 May 2016

PENGENALAN



         Keusahawan merupakan satu bidang pekerjaan yang memberi banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Menurut Rosli Mahmood (2010) mengatakan bahawa perkataan usahawan dalam Bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada bahasa Perancis entreprendre yang bermaksud memikul tugas atau mencuba. Di Malaysia, perkataan usahawan ini mula popular dalam kalangan masyarakat hanya dalam pertengahan tahun 1970-an. Selepas tahun 1969 usahawan ini telah timbul dalam konteks penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

         Namun tiada istilah khusus tentang maksud keusahawan yang sebenar-benarnya. Hal ini kerana, terlalu banyak perspektif sendiri yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh usahawan dunia. Keusahawan juga boleh ditakrifkan sebagai pembentukan nilai menerusi keupayaan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan, pengurusan risiko dan menerusi penggabungan usaha pengurusan kemahiran insaniah untuk menggerakkan sumber kemanusiaan, kewangan dan bahan untuk membolehkan sesuatu projek membuahkan hasil. Ciri-ciri usahawan dalam keusahawanan merupakan sifat yang lahir secara semula jadi dalam diri seseorang.

          Seterusnya, usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya. Usahawan juga perlu mempunyai ciri-ciri usahawan yang baik untuk mencipta sesuatu yang baharu seperti menjalankan inovasi. Usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan semasa ingin membangunkan sesebuah perniagaan. Keadaan sedemikian, usahawan yang baik mengambil kegagalan ini sebagai satu motivasi diri sendiri untuk memperoleh kejayaan sebenar untuk masa kelak.

         Ciri-ciri usahawan bukan sahaja tertumpu kepada peniaga sahaja tetapi merangkumi dalam setiap diri manusia. Dalam tugasan pertama, pengkaji perlu mengenalpasti sembilan ciri usahawan yang dinyatakan dan kaitkan contoh usahawan yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Seterusnya, bagi tugasan dua. Pengkaji perlu mencari seorang tokoh usahawan yang mempunyai lima ciri usahawan daripada sembilan ciri usahawan yang dinyatakan. Melalui tugasan ini, kita dapat memperoleh pengetahuan baru yang berkaitan dengan usahawan di Malaysia dan di luar negara. Malah, tugasan ini turut memberi pendedahan kepada kita sebagai pelajar untuk mengaplikasikan untuk masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment