Tuesday 10 May 2016

1.8 BERORIENTASIKAN KUMPULAN



            Selain itu, ciri usahawan yang lain ialah berorientasikan kumpulan. Berorientasikan kumpulan membawa maksud membuat sesuatu pekerjaan secara berkumpulan atau berkelompok serta sentiasa bekerjasama antara pihak atasan dengan pihak bawahan sama ada dari segi membuat keputusan atau membuat perancangan.Usahawan yang berjaya akan sentiasa bekerjasama dalam sesuatu organisasi bagi mencapai matlamat dan wawasan. Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.
            Pasukan yang produktif akan mempuyai ahli-ahli yang mempunyai matlamat dan wawasan yang sama serta sikap saling bergantung antara satu sama lain yang memerlukan interaksi sama ada secara lisan mahaupun secara fizikal. Sikap berkongsi matlamat tertentu antara satu sama lain akan mewujudkan satu pasukan yang harmoni. Mereka mungkin mempunyai sebab-sebab yang berlainan tetapi matlamat dan objektif mereka adalah sama iaitu untuk mencapai kejayaan .Setiap ahli pasukan adalah bertanggungjawab terhadap hasil dari kerja berpasukan.  Usaha dan tenaga perlulah digabungkan supaya tugas yang diamanahkan akan berjaya dilaksanakan .
            Sekiranya mereka tahu bahawa perkara-perkara penting boleh berlaku jika individu menguasai asas-asas dan mempraktik kerja bersama-sama dalam satu unit maka kerja berpasukan akan diiktiraf oleh semua orang. Peranan setiap orang adalah sentiasa berbeza tetapi peranan individu setiap orang harus dihargai dan diiktiraf.
            Contohnya, Tan Sri Robert Kuok. Kejayaan perniagaannya tercatat selepas merdeka di mana pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing,beliau berjaya menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company.Beliau membina kilang gula pertama Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing pada taun 1964 dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan. Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda. Keberaniannya mencuba apa sahaja bidang perniagaan adalah kunci kejayaan dan ditambah pula tenaga pekerjanya yang jujur dan setia.
            Ladangnya diluaskan ke Indonesia pada sekitar 1970an dan  menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia. Pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional berminat untuk bekerjasama dengan beliau yang membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan.
            Hotel Shangrila yang pertama di Hanghzou pada tahun lapan puluhan dibina oleh Robert Kuok dan terdapat lebih kurang 72 buah hotel tersebut di seluruh negara dan 34 buah di negara China. Beliau memperluaskan lagi perniagaan dengan membina lagi 45 buah hotel Shangrila .Bidang perhotelan merupakan sebagai sebuah industri perkhidmatan yang bergantung kepada pekerjanya daripada pengurusan teratas hinggalah kepada pekerja terendah untuk memberi khidmat kepada pelanggan. Oleh itu sejak memasuki industri ini, beliau sentiasa perihatin kepada keperluan pekerja.“Tanggungjawab Lembaga Pengarah yang terbesar ialah kepada pekerjanya”, kata beliau .

0 comments:

Post a Comment