Tuesday 10 May 2016

1.7 BERORIENTASIKAN HASIL




            Berorientasikan hasil ditafsirkan sebagai menghasilkan atau menjual produk ata perkhidmatan yang bermutu tinggi. Oleh itu, seorang usahawan perlulah sentiasa membuat perbandingan mutu produk yang dihasilkan dengan mutu produk yang dikeluarkan sebelum ini atau membuat perbandingan dengan mutu produk daripada pesaing dan perniagaan yang lain. Perbandingan ini bertujuan supaya produk yang dihasilkan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

            Selain itu, usahawan akan memastikan standart penghasilan produk atau barangan mencapai tahap yang cemerlang. Usahawan akan sentiasa memberikan hasil kerja yang terbaik bagi memperoleh hasil produk yang maksimum. Sehubungan dengan itu usahawan seharusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan agar pelanggan merasa puas hati terhadap produk atau perkhidmatan yang diberikan kepada mereka.

            Usahawan yang berorientasikan hasil akan menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pekerja untuk memastikan pekerja dapat bekerja dalam suasana yang selese seterusnya dapat mengasilkan produk seperti yang dirancang dan berkualiti. Bagi orgaisasi yang berorientasikan hasil menyediakan persekitaran yang kondusif untuk memindahkan maklumat dengan menggubal startegi pemindahan iaitu menentukan siapa dan apa tugasnya serta bila mereka perlu melaksanakannya.

            Seorang usahawan akan sentiasa memberikan hasil kerja yang terbaik kerana hal ini dapat meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan yang diusahakan oleh usahawan dan sekaligus dapat meningkatkan lagi jumlah pelanggan serta mengembangkan lagi perniagaan ke peringkat yang seterusnya.

            Berorientasikan hasil juga boleh ditafsirkan sebagai berorientasikan untung atau laba. Untuk memperolehi keuntungan seseorang usahawan perlu tabah dan tekun dalam perniagaan. Usahawan perlu merancang strategi yang berkesan bagi mamastikan perniaggan memperoleh keuntungan seperti yang diinginkan. Usahawan yang fokus kepada hasil perlu melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi bagi mencapai matlamatnya iaitu hasil. Contohnya usahawan memaksimumkan harga bagi memperoleh keuntungan yang maksimum.

            Datuk Dr Che Rozmey Che Din merupakan salah seorang usahawan yang mempunyai ciri yang berorientasikan hasil. Dr Rozmey merupakan seorang yang sangat mementingkan hasil kerja yang bermutu tinggi dan mampu mendatangkan hasil kepada organisasi. Di syarikat beliau pula beliau akan memastikan para pekerjanya berkelayakan untuk mengendalikan tugasan yang diarahkan beliau.

            Dr Rozmey mempunyai kilang berteknologi tinggi iaitu Herba Prima Manufacturing yang bertapak di kawasan perindustrian Kulim. Kilang tersebut mampu menghasilkan kapasiti pengeluaran produk secara maksimum mengikut permintaan pasaran. Kilang beliau mempunyai kekuatan tenaga pekerja yang profesional dan terlatih. Ini mendorong lagi bagi penghasilan produk yang bermutu tinggi di kilang beliau.

            Produk dihasilkan dalam satu aliran lengkap bermula dari penyelidikan dan pembangunan produk (R&D), penghasilan, pengeluaran, dan pembungkusan produk dengan mempraktikkan sistem amalan perkilangan terbaik dalam menjamin hasil produk yang berkualiti terbaik.

            Beliau juga membuat pelaburan terhadap mesin berteknologi tinggi dan staf yang profesional adalah satu aset yang bernilai dalam usaha meningkatkan hasil kerja yang berkualiti dan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan global.

0 comments:

Post a Comment