Tuesday 10 May 2016

1.6 BUDAYA TERBUKA



          Seorang usahawan mestilah mempunyai ciri budaya terbuka dalam menguruskan perniagaan. Mereka akan mendengar dan menjadikan pendapat orang lain seperti rakan kongsi,pengurus dan pekerja bawahan sebagai panduan dalam mengurus organisasi.Sebagai pemimpin dalam organisasi,mereka akan mencari idea-idea baru yang boleh digunakan dan diterima umum serta bertindak secara kreatif dan dinamik dalam melakukan pembaharuan.

         Salah satu usahawan yang bersifat budaya terbuka ialah Datuk Yusuf Taiyoob. Syarikat yang dimilikinya iaitu Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. kini telah menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar  negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3000 rangkaian pengedar di seluruh  negara. Antara kurma yang sering disebut dan digemari masyarakat ialah seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.

          Menurut Datuk Yusuf, di awal pembabitannya dalam perniagaan ini, 
syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di Malaysia. Namun kini, kurma edarannya telah berjaya  menembusi pasaran Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei. Kurma- kurma yang dijual mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma  muda), rotab (kurma madu), dan tamar (kurma kering) yang diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

           Walaupun Datuk Yusuf sibuk menguruskan perniagaan, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik. Katanya “kita perlu membantu orang yang susah kerana saya seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka.Jika ada rezeki lebih kita perlu bersedekah dan beringat bahawa rezeki itu adalah kurniaan daripada Tuhan”.



0 comments:

Post a Comment