Tuesday 10 May 2016

1.1 RANGKAIAN



            Rangkaian komputer adalah sebuah peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi. Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paing besar di dunia ialah Internet.

            Irfan khairi merupakan seorang pemuda anak kelahiran Perak namun dibesarkan di negeri Selangor dan kini menetap di Seremban bersama seorang isteri dan sepasang cahaya mata. Beliau juga merupakan seorang jutawan muda yang  berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Reka Cipta Multimedia dari Universiti Saffordshire, United Kingdom. Setelah mendapat ijazah, beliau telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

            Oleh sebab minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di internet secara sambilan pada tahun 1999. Setelah mendapati pendapatan dari perniagaan internetnya mendatangkan hasil yang lumayan, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan intenetnya selepas satu tahun beroperasi. Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan internet. Dalam masa 3 tahun perniagaannya memperoleh untung bersih sebanyak RM1,000,000 dengan menggunakan modal permulaannya sebanyak RM500 dan pada usia 25 tahun.


             Atas segala kejayaan yang diperoleh, Irfan Khairi telah dianugerahkan Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association Of Management, United Kingdom. Ia dianugerahkan atas segala usaha beliau dalam mendidik dan memberi inspirasi sebagai generasi baru Malaysia dalam bidang internet.Antara perniagannya yg berjaya ialah mereka cipta E-book, mereka cipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Searca Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel, perunding  multimedia, E-niaga, dan E-pembelajaran.

0 comments:

Post a Comment