Tuesday 10 May 2016

2.0 LATAR BELAKANG USAHAWAN BERJAYA



.           Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an. Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidangperniagaan, Wan Mohamed Ariffin, 50, meletak jawatan untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd.
            Beliau memulakannya secara kecil-kecilan di rumah dengan bermodalkan simpanan RM1,000 dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Noor Hijerah Hanafiah. Selepas 26 tahun, tuan punya syarikat Noor Arfa Batik itu kini mempunyai sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja, mengeluarkan 150 produk batik.

            Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.

            Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira, katanya.

            Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata. Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak silap sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik kembali popular dan diiktiraf negara.

            Malah dengan perkembagan teknologi, sejak 10 tahun lepas syarikat itu menggunakan laman webnya, www.noor-arfa.com untuk mengembangkan pasaran ke luar negara, katanya. Atas daya usahanya, Wan Mohamed Ariffin semalam dipilih sebagai pemenang pertama dua anugerah Mara — Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan Berjaya.

2.1 Kegagalan Itu Adalah Satu Pilihan

            Seorang usahawan perlu berani menghadapi kegagalan yang berpunca daripada kesilapan yang pernah dilakukannya. Sekiranya berlaku kegagalan, usahawan tersebut akan sentiasa berusaha untuk mengelakkan kegagalan yang bersama berulang. Usahawan yang pernah menemui kegagalan juga akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Jika kegagalan terjadi, mereka sentiasa mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

            Wan Mohd Ariffin Wan Long pernah merasai kegagalan dalam kehidupannya semasa permohonan beliau untuk mendapatkan tapak di sebuah kawasan perindustrian ditolak. Kekecewaannya berganda apabila beberapa institusi kewangan yang dihubungi untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli kilang di Chendering (kini pejabat, kilang dan bilik pameran Noor Arfa) hanya memberikan janji kosong. Bagaimanapun kerana sikap tidak mudah kecewa, beliau akhirnya mendapat kepercayaan Bank Pembangunan Malaysia yang memberikan pinjaman sebanyak RM210,000. Dengan tambahan RM50,000 hasil simpanan, pasangan suami isteri itu akhirnya berjaya membeli kilang berkenaan yang asalnya untuk pengeluaran minyak masak. Bertitik tolak dari situ, Wan Mohd Ariffin tidak lagi menoleh ke belakang, semua lima bengkelnya ditutup dan dipindahkan ke kilang yang dibeli itu bagi memudahkan pemantauan operasi dan pemasaran. Jualan syarikat itu terus meningkat kepada RM620,000 setahun pada 1988, manakala bilangan pekerja pula bertambah kepada 60. Pada 3 Januari 1991, Noor Arfa Batek diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dengan modal dibenar dan berbayar RM250,000. Kini jumhlahnya telah ditingkatkan kepada masing-masing RM1 juta.

            Contoh di atas jelas menunjukkan bahawa Wan Mohd Ariffin Wan Long adalah seorang tokoh usahawan yang pernah mengalami kegagalan dalam kehidupannya. Berkat kesabaran dan semangat yang tinggi yang ada pada dirinya, beliau terus gigih berusaha untuk mencapai kejayaan seperti hari ini.

2.2 Berwawasan

            Menurut kamus dewan dan bahasa edisi keempat, Wawasan bermaksud fahaman atau tanggapan bkn sesuatu hal, pandangan, konsepsi  ,tambahan pandangan jauh (terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi 2020 terutamanya, kita mestilah proaktif jika ingin berjaya dgn cemerlang. Ciri-ciri ini dapat dilihat dalam diri Wan Mohd Ariffin Wan Long hingga menjadikn beliau seorang yang Berjaya. 

            Wawasan yang  beliau miliki menyebabkan Noor Arfa Batik kini memiliki 11 cawangan di seluruh negara termasuk di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pusat beli belah One Utama di Petaling Jaya, Aked Mara dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.

            Menerusi anak syarikatnya, Design Passage Sdn Bhd, Noor Arfa Batek turut mengadakan usaha sama dengan pereka fesyen terkenal, Bill Keith dengan nisbah pemilikan milikan 70:30 sejak tiga tahun lalu.

            Syarikat itu yang kini memiliki enam pereka fesyen termasuk, Sabri Saad berhasrat dapat bekerjasama dengan lebih ramai pereka fesyen sama ada yang sudah mempunyai nama mahupun mereka yang baru menceburi bidang itu.



2.3 Rangkaian

            Syarikat pengeluar batik terbesar negara, Nor Arfa Holdings Sdn Bhd terus melebarkan sayap perniagaan apabila melancarkan rangkaian terbaharu yang juga cawangan kesembilan, di Bangunan Mara, Shahbandar, Kuala Terengganu. Rangkaian Butik Nor Arfa yang lain termasuk di Nor Arfa Craf Complex dan kilang di Kawasan Perindustrian Chendering; Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Hotel Awana Kijal, Melaka dan tiga di Kuala Lumpur.

            Pengurus Besar Noor Arfa Batek Sdn. Bhd, Wan Mohamed Ariffin Wan Long, berkata rangkaian terbaharu itu adalah satu daripada tapak cawangan Nor Arfa Batik yang terdahulu dan terpaksa ditutup sementara Mara melaksanakan kerja pengubasuaian bangunan.

            “Selepas melakukan pengubahsuaian premis dengan menelan belanja hampir RM40,000 Nor Arfa Batik memulakan operasi secara rasmi pada hari ini di tengah-tengah pusat bandar  sebagai meluaskan lagi perniagaan kami yang sudah 34 tahun bertapak di negara ini dan Terengganu khasnya,” katanya.

            Hadir sama, Pengarah Mara Terengganu, Abdullah Mohamad yang turut melancarkan pembukaan rangkaian baharu itu. Wan Mohamed Ariffin berkata, dua kakitangan bahagian jualan ditempatkan di cawangan baru yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam itu.

            Dalam pada itu, pihaknya mensasarkan jualan sehingga RM60,000 sebulan berikutan kedudukan premis yang strategik dan boleh diibaratkan sebagai `segitiga emas’ di bandar Kuala Terengganu. “Lokasi terbaru ini kita jangka dapat meraih jualan yang baik memandangkan  kedudukan strategik berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, Taman Shahbandar dan jeti yang menghubungkan poelancong dalam dan luar Terengganu ke pulau peranginan. “Kedai baru ini mungkin akan dikunjungi ramai pelanggan tempatan dan luar Terengganu yang akan singgah tanpa mengira musim berbanding di rangkaian lain seperti premis perniagaan di LTSM dan Awana Kijal yang hanya meraih jualan memberangsangkan apabila musim percutian,” katanya.

2.4 Budaya terbuka

            Usahawan juga perlu mempunyai sikap budaya terbuka agar boleh mengembangkan sektor usahawan untuk masyarakat di Malaysia. Usahawan-usahawan yang lain boleh melihat tokoh yang berjaya dalam bidang yang diusahakan mereka seperti Wan mohd ariffin kerana  Lebih 200 jenis produk batik berjenama Noor Arfa berada di pasaran dalam dan luar negara seperti pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, selendang, skaf, kaftan, pareo, tali leher dan cenderahati.

            Dijangkakan, jumlah produknya akan meningkat kepada 1,000 jenis sejajar dengan kewujudan rangkaian cawangan di seluruh negara dan kualitinya yang setanding dengan jenama antarabangsa seperti YSL, Versace, Gucci dan Bonia.

            Gabungan kemahiran tenaga profesional dan pengalaman sedia ada 
membolehkan Noor Arfa menguasai pasaran batik di Asia, selain berjaya menembusi pasaran batik di luar negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Afrika Selatan, Arab Saudi, Kuwait dan Mauritius.

            Daripada hasil jualan hanya RM30,000 pada tahun pertama operasinya, jualan Noor Arfa Batek kini sudah mencecah lebih RM12 juta setahun.Setelah berdepan pelbagai rintangan, syarikat mereka, Noor Arfa Batek Sdn Bhd kini muncul pengeluar dan pengedar batik utama di negara ini dan turut dikenali di peringkat antarabangsa..


2.5 Berorientasikan Hasil

                        Pada peringkat awal perniagaan yang diusahakan dari rumah, beliau            mencanting   dan membuat sendiri frame sehinggalah ia mula dikenali ramai.      Produk awal    Noor Arfa Batek ialah Kaftan Batik. Pada masa itu ramai        pengusaha lain             memasarkan Batik Sarung, Batik Cop dan Batik Terap.           Harga Batik Lukis yang             mahal menyebabkan ianya hanya dijual di Kuala        Lumpur dan dibeli oleh orang             kenamaan.

                        Beliau menjaja sendiri produk syarikat biarpun menghadapi pelbagai         cabaran dan rintangan. Berkat kesabaran dan ketabahan dalam perniagaan,          beliau dan suami berjaya sehingga muncul pengeluar dan pembekal batik       terbesar negara. Hasil kejayaan ini tercatat dalam Malaysia Book Of Records.


3 comments:

  1. adakah pekerja yang diambil harus mempunyai kemahiran dalam mencanting batik? atau diambil bekerja dan dilatih?

    ReplyDelete
  2. Jika diambil pekerja yg telah mempunyai kemahiran,maka kos upah yg perlu dibayar akan lebih tinggi. Jika pekerja yg diambil tdk mempunyai kemahiran,maka kos latihan perlu dibayar bagi meningkatkan kemahiran pekerja

    ReplyDelete