Tuesday 10 May 2016

KESIMPULAN



            Secara keseluruhannya, kesimpulan yang diperolehi daripada tugasan ini ialah semua usahawan yang baik perlu mempunyai ciri-ciri usahawan untuk menjadi garis panduan untuk berjaya. Hal ini kerana, usahawan yang mempunyai ciri-ciri itu dapat menjadi seorang usahawan yang berjaya.

            Kebanyakan usahawan yang berjaya pernah mengalami saat kegagalan untuk mencapai kejayaan yang sebenar. Ini menunjukkan, usahawan perlu berani mengambil risiko dan semangat tidak putus asa itu mampu menghasilkan kejayaan yang lumayan kepada usahawan. Seseorang usahawan yang baik juga tidak perlu bermatlamatkan keuntungan semata-mata malah mereka turut perlu menjaga kebajikan masyarakat.


            Akhir sekali, jika kita ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya kita mesti mempunyai ciri-ciri seorang usahawan yang baik dan perlu diaplikasikan dalam diri kita jika kita mahu menjadi usahawan yang berjaya.

2.0 LATAR BELAKANG USAHAWAN BERJAYA



.           Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an. Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidangperniagaan, Wan Mohamed Ariffin, 50, meletak jawatan untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd.
            Beliau memulakannya secara kecil-kecilan di rumah dengan bermodalkan simpanan RM1,000 dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Noor Hijerah Hanafiah. Selepas 26 tahun, tuan punya syarikat Noor Arfa Batik itu kini mempunyai sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja, mengeluarkan 150 produk batik.

            Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.

            Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira, katanya.

            Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata. Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak silap sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik kembali popular dan diiktiraf negara.

            Malah dengan perkembagan teknologi, sejak 10 tahun lepas syarikat itu menggunakan laman webnya, www.noor-arfa.com untuk mengembangkan pasaran ke luar negara, katanya. Atas daya usahanya, Wan Mohamed Ariffin semalam dipilih sebagai pemenang pertama dua anugerah Mara — Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan Berjaya.

2.1 Kegagalan Itu Adalah Satu Pilihan

            Seorang usahawan perlu berani menghadapi kegagalan yang berpunca daripada kesilapan yang pernah dilakukannya. Sekiranya berlaku kegagalan, usahawan tersebut akan sentiasa berusaha untuk mengelakkan kegagalan yang bersama berulang. Usahawan yang pernah menemui kegagalan juga akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Jika kegagalan terjadi, mereka sentiasa mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

            Wan Mohd Ariffin Wan Long pernah merasai kegagalan dalam kehidupannya semasa permohonan beliau untuk mendapatkan tapak di sebuah kawasan perindustrian ditolak. Kekecewaannya berganda apabila beberapa institusi kewangan yang dihubungi untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli kilang di Chendering (kini pejabat, kilang dan bilik pameran Noor Arfa) hanya memberikan janji kosong. Bagaimanapun kerana sikap tidak mudah kecewa, beliau akhirnya mendapat kepercayaan Bank Pembangunan Malaysia yang memberikan pinjaman sebanyak RM210,000. Dengan tambahan RM50,000 hasil simpanan, pasangan suami isteri itu akhirnya berjaya membeli kilang berkenaan yang asalnya untuk pengeluaran minyak masak. Bertitik tolak dari situ, Wan Mohd Ariffin tidak lagi menoleh ke belakang, semua lima bengkelnya ditutup dan dipindahkan ke kilang yang dibeli itu bagi memudahkan pemantauan operasi dan pemasaran. Jualan syarikat itu terus meningkat kepada RM620,000 setahun pada 1988, manakala bilangan pekerja pula bertambah kepada 60. Pada 3 Januari 1991, Noor Arfa Batek diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dengan modal dibenar dan berbayar RM250,000. Kini jumhlahnya telah ditingkatkan kepada masing-masing RM1 juta.

            Contoh di atas jelas menunjukkan bahawa Wan Mohd Ariffin Wan Long adalah seorang tokoh usahawan yang pernah mengalami kegagalan dalam kehidupannya. Berkat kesabaran dan semangat yang tinggi yang ada pada dirinya, beliau terus gigih berusaha untuk mencapai kejayaan seperti hari ini.

2.2 Berwawasan

            Menurut kamus dewan dan bahasa edisi keempat, Wawasan bermaksud fahaman atau tanggapan bkn sesuatu hal, pandangan, konsepsi  ,tambahan pandangan jauh (terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi 2020 terutamanya, kita mestilah proaktif jika ingin berjaya dgn cemerlang. Ciri-ciri ini dapat dilihat dalam diri Wan Mohd Ariffin Wan Long hingga menjadikn beliau seorang yang Berjaya. 

            Wawasan yang  beliau miliki menyebabkan Noor Arfa Batik kini memiliki 11 cawangan di seluruh negara termasuk di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pusat beli belah One Utama di Petaling Jaya, Aked Mara dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.

            Menerusi anak syarikatnya, Design Passage Sdn Bhd, Noor Arfa Batek turut mengadakan usaha sama dengan pereka fesyen terkenal, Bill Keith dengan nisbah pemilikan milikan 70:30 sejak tiga tahun lalu.

            Syarikat itu yang kini memiliki enam pereka fesyen termasuk, Sabri Saad berhasrat dapat bekerjasama dengan lebih ramai pereka fesyen sama ada yang sudah mempunyai nama mahupun mereka yang baru menceburi bidang itu.



2.3 Rangkaian

            Syarikat pengeluar batik terbesar negara, Nor Arfa Holdings Sdn Bhd terus melebarkan sayap perniagaan apabila melancarkan rangkaian terbaharu yang juga cawangan kesembilan, di Bangunan Mara, Shahbandar, Kuala Terengganu. Rangkaian Butik Nor Arfa yang lain termasuk di Nor Arfa Craf Complex dan kilang di Kawasan Perindustrian Chendering; Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Hotel Awana Kijal, Melaka dan tiga di Kuala Lumpur.

            Pengurus Besar Noor Arfa Batek Sdn. Bhd, Wan Mohamed Ariffin Wan Long, berkata rangkaian terbaharu itu adalah satu daripada tapak cawangan Nor Arfa Batik yang terdahulu dan terpaksa ditutup sementara Mara melaksanakan kerja pengubasuaian bangunan.

            “Selepas melakukan pengubahsuaian premis dengan menelan belanja hampir RM40,000 Nor Arfa Batik memulakan operasi secara rasmi pada hari ini di tengah-tengah pusat bandar  sebagai meluaskan lagi perniagaan kami yang sudah 34 tahun bertapak di negara ini dan Terengganu khasnya,” katanya.

            Hadir sama, Pengarah Mara Terengganu, Abdullah Mohamad yang turut melancarkan pembukaan rangkaian baharu itu. Wan Mohamed Ariffin berkata, dua kakitangan bahagian jualan ditempatkan di cawangan baru yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam itu.

            Dalam pada itu, pihaknya mensasarkan jualan sehingga RM60,000 sebulan berikutan kedudukan premis yang strategik dan boleh diibaratkan sebagai `segitiga emas’ di bandar Kuala Terengganu. “Lokasi terbaru ini kita jangka dapat meraih jualan yang baik memandangkan  kedudukan strategik berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, Taman Shahbandar dan jeti yang menghubungkan poelancong dalam dan luar Terengganu ke pulau peranginan. “Kedai baru ini mungkin akan dikunjungi ramai pelanggan tempatan dan luar Terengganu yang akan singgah tanpa mengira musim berbanding di rangkaian lain seperti premis perniagaan di LTSM dan Awana Kijal yang hanya meraih jualan memberangsangkan apabila musim percutian,” katanya.

2.4 Budaya terbuka

            Usahawan juga perlu mempunyai sikap budaya terbuka agar boleh mengembangkan sektor usahawan untuk masyarakat di Malaysia. Usahawan-usahawan yang lain boleh melihat tokoh yang berjaya dalam bidang yang diusahakan mereka seperti Wan mohd ariffin kerana  Lebih 200 jenis produk batik berjenama Noor Arfa berada di pasaran dalam dan luar negara seperti pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, selendang, skaf, kaftan, pareo, tali leher dan cenderahati.

            Dijangkakan, jumlah produknya akan meningkat kepada 1,000 jenis sejajar dengan kewujudan rangkaian cawangan di seluruh negara dan kualitinya yang setanding dengan jenama antarabangsa seperti YSL, Versace, Gucci dan Bonia.

            Gabungan kemahiran tenaga profesional dan pengalaman sedia ada 
membolehkan Noor Arfa menguasai pasaran batik di Asia, selain berjaya menembusi pasaran batik di luar negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Afrika Selatan, Arab Saudi, Kuwait dan Mauritius.

            Daripada hasil jualan hanya RM30,000 pada tahun pertama operasinya, jualan Noor Arfa Batek kini sudah mencecah lebih RM12 juta setahun.Setelah berdepan pelbagai rintangan, syarikat mereka, Noor Arfa Batek Sdn Bhd kini muncul pengeluar dan pengedar batik utama di negara ini dan turut dikenali di peringkat antarabangsa..


2.5 Berorientasikan Hasil

                        Pada peringkat awal perniagaan yang diusahakan dari rumah, beliau            mencanting   dan membuat sendiri frame sehinggalah ia mula dikenali ramai.      Produk awal    Noor Arfa Batek ialah Kaftan Batik. Pada masa itu ramai        pengusaha lain             memasarkan Batik Sarung, Batik Cop dan Batik Terap.           Harga Batik Lukis yang             mahal menyebabkan ianya hanya dijual di Kuala        Lumpur dan dibeli oleh orang             kenamaan.

                        Beliau menjaja sendiri produk syarikat biarpun menghadapi pelbagai         cabaran dan rintangan. Berkat kesabaran dan ketabahan dalam perniagaan,          beliau dan suami berjaya sehingga muncul pengeluar dan pembekal batik       terbesar negara. Hasil kejayaan ini tercatat dalam Malaysia Book Of Records.


1.9 PROAKTIF



            Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat proaktif bermaksud  sikap positif yang ada pada individu , institusi dan lain-lain , merangka atau melakukan sesuatu yang difikirkan masak-masak. Selain itu, proaktif bermaksud tindakan jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan yang berkenaan . Contoh ayat ialah kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang proaktif untuk menjayakan projek yang dirancang. Proaktif amat penting untuk setiap usahawan yang ingin berjaya.

            Sifat proaktif amat penting untuk usahawan di dunia. Nelson Mandela pernah berkata setiap sesuatu dilihat mustahil sehigga terbukti disiapkan. Oleh itu, kita mestilah berani melakukan sesuatu perkara terutamanya dalam perniagaan. Albert Einstein juga pernah berkata bahawa kita tidak boleh menyelesaikan masalah dengan pemikiran yang sama apabila kita cipta masalah tersebut. Maka, berfikiran proaktif amat penting berdasarkan tokoh-tokoh tersebut.

            Antara usahawan yang berfikiran proaktif yang saya ambil contoh ialah Syed Mokhtar Al-Bukhary.Tan Sri Syed Mokhtar ialah antara oarng terkaya di Malaysia dan di Asia tengara. Beliau mempunyai asset berjumlah lebih bilion Ringgit Malaysia.Beliau sangat merendah diri dengan harta yang dimilikinya.Beliau juga dikenali sebagai orang yang berahsia tentang dirinya. Kisah beliau bermula apabila lahir dalam keluarga miskin dan mempunyai 7 adik beradik. Beliau hidup dengan serba kekurangan sehingga tidak dapat menduduki peperiksaan SPM. Sejak kecil beliau diajar menderma sehingga ibunya menyuruh beliau menderma separuh dari modalnya.

            Beliau memulakan cara berfikir proaktif dengan melakukan sesuatu dengan sistematik dengan memulakan perniagaan pengusahaan daging selepas ternakan yang beliau usahakan itu ditimpa penyakit. Beliau membeli daging yang tidak terjual di pasar dengan menjual semula kepada bumiputera dan restoran. Seterusnya, beliau meneruskan dengan mendapatkan permit lori dan membeli lori untuk membuka syarikat pengangkutan. Pada 1974,beliau meneruskan rancangan yang seterusnya dengan membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Teluk Wan Jah.

            Pada 1975, beliau menubuhkan syarikat perdagangan beras dangan nama Bernas dan beliau tidak membiarkan syarikat beliau begitu sahaja tetapi beliau mendapatkan kotrak bagi membekalkan beras kepada FELDA, MARA dan lain-lain. Beliau tidak berhenti di situ sahaja, beliau terus menubuhkan syarikat usahasama bersama dua individu cina lain, dan beliau merupakan pemegang saham tertinggi iaitu 52% saham.Justeru, Bukhary Sdn. Bhd ditubuhkan pada 15 Julai 1976 di rumah kedai yang dibelinya dahulu.Syarikat ini memulakan perniagaan gula. Syeik mokhtar terus menubuhkan usahasama, Susu Mas Sdn,Bhd tetapi terus menjualnya akibat kemelesetan ekonomi. Beliau amat proaktif dengan membuat setiap keputusan agar dapat mengelakkan kerugian yang tinggi.

            Syeikh Mokhtar terus mengembangkan permulaan penguasaan ekonomi dengan menyertai delegasi ke China. Beliau terus menjalankan system barter dengan China, iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh di China. Ini menunjukkan daya fikiran dan kemampuan beliau untuk berfikir di luar kotak.Seterusnya, beliau mendapatkan kontrak dari China untuk membekalkan kasut menyebabkan beliau membuka kilang kasut.Seteusnya,beliau menjalankan perdangan dengan penswastaan perlabuhan kemudian beliau membina lebuh raya dan terus berkembang menjadi syarikat utama di Malaysia.

            Kesimpulannya, daripada satu ciri proaktif menyebabkan Syeikh Mokhtar menjadi seorang yang terkaya di Malaysia iaitu bilionair Malaysia. Disamping itu beliau terus membantu orang-orang awam terutama yang memerlukan melalui Yasasan Al-Bukhari.Beliau terus proaktif dalam mengembangkan perniagaan beliau dengan gigih dan teratur.Oleh itu,wajarlah kita mengambil contoh dari peribadi yang proaktif beliau. 

1.8 BERORIENTASIKAN KUMPULAN



            Selain itu, ciri usahawan yang lain ialah berorientasikan kumpulan. Berorientasikan kumpulan membawa maksud membuat sesuatu pekerjaan secara berkumpulan atau berkelompok serta sentiasa bekerjasama antara pihak atasan dengan pihak bawahan sama ada dari segi membuat keputusan atau membuat perancangan.Usahawan yang berjaya akan sentiasa bekerjasama dalam sesuatu organisasi bagi mencapai matlamat dan wawasan. Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.
            Pasukan yang produktif akan mempuyai ahli-ahli yang mempunyai matlamat dan wawasan yang sama serta sikap saling bergantung antara satu sama lain yang memerlukan interaksi sama ada secara lisan mahaupun secara fizikal. Sikap berkongsi matlamat tertentu antara satu sama lain akan mewujudkan satu pasukan yang harmoni. Mereka mungkin mempunyai sebab-sebab yang berlainan tetapi matlamat dan objektif mereka adalah sama iaitu untuk mencapai kejayaan .Setiap ahli pasukan adalah bertanggungjawab terhadap hasil dari kerja berpasukan.  Usaha dan tenaga perlulah digabungkan supaya tugas yang diamanahkan akan berjaya dilaksanakan .
            Sekiranya mereka tahu bahawa perkara-perkara penting boleh berlaku jika individu menguasai asas-asas dan mempraktik kerja bersama-sama dalam satu unit maka kerja berpasukan akan diiktiraf oleh semua orang. Peranan setiap orang adalah sentiasa berbeza tetapi peranan individu setiap orang harus dihargai dan diiktiraf.
            Contohnya, Tan Sri Robert Kuok. Kejayaan perniagaannya tercatat selepas merdeka di mana pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing,beliau berjaya menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company.Beliau membina kilang gula pertama Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing pada taun 1964 dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan. Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda. Keberaniannya mencuba apa sahaja bidang perniagaan adalah kunci kejayaan dan ditambah pula tenaga pekerjanya yang jujur dan setia.
            Ladangnya diluaskan ke Indonesia pada sekitar 1970an dan  menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia. Pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional berminat untuk bekerjasama dengan beliau yang membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan.
            Hotel Shangrila yang pertama di Hanghzou pada tahun lapan puluhan dibina oleh Robert Kuok dan terdapat lebih kurang 72 buah hotel tersebut di seluruh negara dan 34 buah di negara China. Beliau memperluaskan lagi perniagaan dengan membina lagi 45 buah hotel Shangrila .Bidang perhotelan merupakan sebagai sebuah industri perkhidmatan yang bergantung kepada pekerjanya daripada pengurusan teratas hinggalah kepada pekerja terendah untuk memberi khidmat kepada pelanggan. Oleh itu sejak memasuki industri ini, beliau sentiasa perihatin kepada keperluan pekerja.“Tanggungjawab Lembaga Pengarah yang terbesar ialah kepada pekerjanya”, kata beliau .

1.7 BERORIENTASIKAN HASIL




            Berorientasikan hasil ditafsirkan sebagai menghasilkan atau menjual produk ata perkhidmatan yang bermutu tinggi. Oleh itu, seorang usahawan perlulah sentiasa membuat perbandingan mutu produk yang dihasilkan dengan mutu produk yang dikeluarkan sebelum ini atau membuat perbandingan dengan mutu produk daripada pesaing dan perniagaan yang lain. Perbandingan ini bertujuan supaya produk yang dihasilkan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

            Selain itu, usahawan akan memastikan standart penghasilan produk atau barangan mencapai tahap yang cemerlang. Usahawan akan sentiasa memberikan hasil kerja yang terbaik bagi memperoleh hasil produk yang maksimum. Sehubungan dengan itu usahawan seharusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan agar pelanggan merasa puas hati terhadap produk atau perkhidmatan yang diberikan kepada mereka.

            Usahawan yang berorientasikan hasil akan menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pekerja untuk memastikan pekerja dapat bekerja dalam suasana yang selese seterusnya dapat mengasilkan produk seperti yang dirancang dan berkualiti. Bagi orgaisasi yang berorientasikan hasil menyediakan persekitaran yang kondusif untuk memindahkan maklumat dengan menggubal startegi pemindahan iaitu menentukan siapa dan apa tugasnya serta bila mereka perlu melaksanakannya.

            Seorang usahawan akan sentiasa memberikan hasil kerja yang terbaik kerana hal ini dapat meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan yang diusahakan oleh usahawan dan sekaligus dapat meningkatkan lagi jumlah pelanggan serta mengembangkan lagi perniagaan ke peringkat yang seterusnya.

            Berorientasikan hasil juga boleh ditafsirkan sebagai berorientasikan untung atau laba. Untuk memperolehi keuntungan seseorang usahawan perlu tabah dan tekun dalam perniagaan. Usahawan perlu merancang strategi yang berkesan bagi mamastikan perniaggan memperoleh keuntungan seperti yang diinginkan. Usahawan yang fokus kepada hasil perlu melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi bagi mencapai matlamatnya iaitu hasil. Contohnya usahawan memaksimumkan harga bagi memperoleh keuntungan yang maksimum.

            Datuk Dr Che Rozmey Che Din merupakan salah seorang usahawan yang mempunyai ciri yang berorientasikan hasil. Dr Rozmey merupakan seorang yang sangat mementingkan hasil kerja yang bermutu tinggi dan mampu mendatangkan hasil kepada organisasi. Di syarikat beliau pula beliau akan memastikan para pekerjanya berkelayakan untuk mengendalikan tugasan yang diarahkan beliau.

            Dr Rozmey mempunyai kilang berteknologi tinggi iaitu Herba Prima Manufacturing yang bertapak di kawasan perindustrian Kulim. Kilang tersebut mampu menghasilkan kapasiti pengeluaran produk secara maksimum mengikut permintaan pasaran. Kilang beliau mempunyai kekuatan tenaga pekerja yang profesional dan terlatih. Ini mendorong lagi bagi penghasilan produk yang bermutu tinggi di kilang beliau.

            Produk dihasilkan dalam satu aliran lengkap bermula dari penyelidikan dan pembangunan produk (R&D), penghasilan, pengeluaran, dan pembungkusan produk dengan mempraktikkan sistem amalan perkilangan terbaik dalam menjamin hasil produk yang berkualiti terbaik.

            Beliau juga membuat pelaburan terhadap mesin berteknologi tinggi dan staf yang profesional adalah satu aset yang bernilai dalam usaha meningkatkan hasil kerja yang berkualiti dan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan global.

1.6 BUDAYA TERBUKA



          Seorang usahawan mestilah mempunyai ciri budaya terbuka dalam menguruskan perniagaan. Mereka akan mendengar dan menjadikan pendapat orang lain seperti rakan kongsi,pengurus dan pekerja bawahan sebagai panduan dalam mengurus organisasi.Sebagai pemimpin dalam organisasi,mereka akan mencari idea-idea baru yang boleh digunakan dan diterima umum serta bertindak secara kreatif dan dinamik dalam melakukan pembaharuan.

         Salah satu usahawan yang bersifat budaya terbuka ialah Datuk Yusuf Taiyoob. Syarikat yang dimilikinya iaitu Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. kini telah menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar  negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3000 rangkaian pengedar di seluruh  negara. Antara kurma yang sering disebut dan digemari masyarakat ialah seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.

          Menurut Datuk Yusuf, di awal pembabitannya dalam perniagaan ini, 
syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di Malaysia. Namun kini, kurma edarannya telah berjaya  menembusi pasaran Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei. Kurma- kurma yang dijual mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma  muda), rotab (kurma madu), dan tamar (kurma kering) yang diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

           Walaupun Datuk Yusuf sibuk menguruskan perniagaan, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik. Katanya “kita perlu membantu orang yang susah kerana saya seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka.Jika ada rezeki lebih kita perlu bersedekah dan beringat bahawa rezeki itu adalah kurniaan daripada Tuhan”.



1.5 BELAJAR DARI KEGAGALAN



            Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat gagal bermaksud tidak berhasil atau tidak berjaya, tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki ataubtidak menjadi. Kegagalan berlaku hampir di semua tempat dan keadaan samaada individu atau masyarakat. Contohnya, di dalam perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) , pelajar yang mendapat E dalam subjek Bahasa Malaysia maka dia akan dikira gagal SPM. Dalam kehidupan pula gagal bererti sesuatu keadaan di mana seseorang tidak dapat mencapai matlamat yang diinginkan.

            Thomas Edison pernah berkata ramai orang-orang yang gagal adalah orang yang tidak sedar betapa hampir mereka dengan kejayaan apabila mereka berputus asa. Namun, tiada siapa yang inginkan kegagalan tetapi apabila kegagalan itu akan mengajar kita benda yang berguna agar kita tidak mengulangi kegagalan tersebut.

            Ramai usahawan yang gagal dahulu dalam perniagaan mereka sebelum berjaya dan berkembang maju kehadapan berbanding usahawan-usahawan yang lain. Antara usahawan yang pada pendapat saya yang mempunyai ciri belajar dari kegagalan ialah Steve Jobs. Steve Jobs adalah orang yang terkenal pada zaman teknologi ini.

            Steve Jobs merupakan nama yang tidak asing bagi setiap orang. Steve Jobs adalah usahawan yang Berjaya yang berasal dari Amerika. Beliau lebih dikenali sebagai CEO syarikat Apple Inc. selain menjadi CEO dan pemegang saham terbesar syarikat Pixar animation studios dan sebagainya. Steve Jobs juga merupakan Orang yang paling kaya sewaktu hayatnya.

            Berbeza dengan usahawan berjaya yang lain beliau memempuh banyak kegagalan dan kekecewaan yang tinggi sebelum beliau berjaya. Steve Jobs bermula zaman ujiannya bermula selepas belajar di Sekolah Menengah Cupertino dan kemudiannya di Sekolah Tinggi Homestead di Cupertino, California.Selepas itu beliau mendaftar di  Kolej Reed di Portland, Oregon. Malangnya beliau tidak menghabiskan pelajarannya dan beliau tercicir selepas satu semester.Namun, beliau tidak berhenti di situ sahaja tetapi meneruskan kelas-kelas audit seperti seni khat di Reed. Ini membuktikan bahawa untuk berjaya , pelajar tidak perlu menhabiskan pelajarannya tetapi harus bijak menghadapi dugaan hidup.

           Pada 1 april 1976 syarikat Apple ditubuhkan oleh Steve Jobs melalui perkongsian . Seterusnya,mereka mencipta computer peribadi utama iaitu Apple I kemudian Apple II.Pada 1980, beliau menjadi jutawan. Selepas belia melantik CEO baru, beliau diketepikan dan menjual seluruh sahamnya kecuali satu dalam syarikat Apple. Kemudian , beliau mengasaskan sebuah lagi syarikat computer iaitu next.Malangnya syarikat beliau asaskan ini tidak pernah berupaya memasuki aliran utama.Seterusnya,pada tahun 1996,Apple membeli NeXT dan mengembalikan Steve Jobs semula kepada Apple. Pada 1997 beliau kembali menjadi CEO Apple . Dengan pembelian NeXT yang mempunyai teknologi-teknologi syarikat digunakan untuk produk Apple.Apple telah meperkenalkan Ipod dengan perisian iTunes. Kemudian , Apple baru sahaja memperkenalkan perniagaan telepon bimbit dengan iPhone.Seterusnya , iPhone diinovasikan sehingga menjadi produk telefon terbaik di dunia dengan pengenalan perisian IOS.

            Kegagalan Steve Job mendorong beliau untuk lebih berinovasi dan mencipta sesuatu yang di luar pemikiran manusia.Beliau seorang yang genius yang belajar dari kegagalan. Untuk Berjaya memerlukan kegagalan untuk dipelajari dan teladani. Steve Jobs pernah berkata, aku fikir benda yang paling anda menyesal dalam hidup ialah benda yang aku tak pernah lakukan.Beliau mati akibat diserang kanser pancreas. Apple sangat berhutang budi dengan kebijaksanaan usahawan yang berjaya di dunia.