Tuesday 10 May 2016

1.3 PERSEPTIF


            Perseptif adalah keupayaan usahawan mengenalpasti peluang dan mengubahnya menjadi sesuatu yang memberi pulangan lumayan kepada perniagaan dan keupayaan untuk menghargai sesuatu yang berkualiti baik. Orang yang perseptif merupakan seorang yang bijak, berwawasan, dan dapat melihat apa yang orang lain tidak boleh.

            Bagi Nabil Sanusi, membayangkan sesuatu yang menguntungkan boleh menjadi pendorong dalam setiap perkara yang diusahakan tetapi dengan syarat perlu menguasai ilmu yang tersebut untuk menjamin kejayaan. Nabil Sanusi merupakan seorang pengusaha cendawan tiram kelabu yang berjaya di Selangor. Idea mengusahakan cendawan ini bermula daripada isterinya yang berminat dalam bidang pertanian.

            Krisis kegawatan ekonomi 1998 banyak memberi pengajaran kepada beliau bagi menceburkan diri ke dalam bidang pertanian kerana bidang pertanian tidak menerima kesan kegawatan.Hal ini telah mendorong Nabil untuk mengusahakan sesuatu yang menguntungkan dan takdir telah menentukan beliau menceburi perusahaan tanaman cendawan apabila beliau dipertemukan dengan rakannya di Nilai, Negeri Sembilan yang telah mengusahakan tanaman tersebut terlebih dahulu.

            Tanpa menunggu lama, Nabil terus sahaja memulakan tanaman cendawan di atas sekeping tanah seluas kira-kira 0.4 hektar ( satu ekar) milik keluarganya. Beliau telah membuat pelaburan awal sebanyak RM 200,000 untuk membina tiga rumah cendawan bersaiz 70 kaki x 30 kaki dan menambah empat lagi rumah secara berperingkat. Rumah itu juga dilengkapi sebuah bilik suntikan benih, rumah menyediakan polibeg dan alat pengukusan serta alat mencampur adunan substrat (media).

            Nabil juga cuba mengusahakan tanaman cendawan spesies abalone dan telinga kera yang merupakan cendawan yang sedap dan kenyal. Beliau juga menawarkan kursus kepada mereka yang berminat mendapatkan pengetahuan mengenai aspek penanaman cendawan. Dalam pada itu, beliau juga memulakan usaha awal menternak cacing untuk menghasilkan baja kompos dengan memanfaakan semula bahan substrat yang telah digunakan.

            Selepas lebih setahun beroperasi, usaha Nabil semakin menampakkan hasil yang baik. Tetapi bagi mereka yang berminat,  beliau berpesan supaya bertahan kerana cendawan bukan satu tanaman yang mudah diusahakan.

1 comment:

  1. Why do people gamble online - Casino - No Deposit Bonuses
    They need no deposit to play 토토 배당률 at a casino, but you need to have access 바카라게임사이트 to funds to 윌리엄 힐 play 토토 사이트 도메인 slots and table games. 인터넷 바카라 With no deposit required,

    ReplyDelete