Tuesday 10 May 2016

1.9 PROAKTIF



            Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat proaktif bermaksud  sikap positif yang ada pada individu , institusi dan lain-lain , merangka atau melakukan sesuatu yang difikirkan masak-masak. Selain itu, proaktif bermaksud tindakan jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan yang berkenaan . Contoh ayat ialah kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang proaktif untuk menjayakan projek yang dirancang. Proaktif amat penting untuk setiap usahawan yang ingin berjaya.

            Sifat proaktif amat penting untuk usahawan di dunia. Nelson Mandela pernah berkata setiap sesuatu dilihat mustahil sehigga terbukti disiapkan. Oleh itu, kita mestilah berani melakukan sesuatu perkara terutamanya dalam perniagaan. Albert Einstein juga pernah berkata bahawa kita tidak boleh menyelesaikan masalah dengan pemikiran yang sama apabila kita cipta masalah tersebut. Maka, berfikiran proaktif amat penting berdasarkan tokoh-tokoh tersebut.

            Antara usahawan yang berfikiran proaktif yang saya ambil contoh ialah Syed Mokhtar Al-Bukhary.Tan Sri Syed Mokhtar ialah antara oarng terkaya di Malaysia dan di Asia tengara. Beliau mempunyai asset berjumlah lebih bilion Ringgit Malaysia.Beliau sangat merendah diri dengan harta yang dimilikinya.Beliau juga dikenali sebagai orang yang berahsia tentang dirinya. Kisah beliau bermula apabila lahir dalam keluarga miskin dan mempunyai 7 adik beradik. Beliau hidup dengan serba kekurangan sehingga tidak dapat menduduki peperiksaan SPM. Sejak kecil beliau diajar menderma sehingga ibunya menyuruh beliau menderma separuh dari modalnya.

            Beliau memulakan cara berfikir proaktif dengan melakukan sesuatu dengan sistematik dengan memulakan perniagaan pengusahaan daging selepas ternakan yang beliau usahakan itu ditimpa penyakit. Beliau membeli daging yang tidak terjual di pasar dengan menjual semula kepada bumiputera dan restoran. Seterusnya, beliau meneruskan dengan mendapatkan permit lori dan membeli lori untuk membuka syarikat pengangkutan. Pada 1974,beliau meneruskan rancangan yang seterusnya dengan membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Teluk Wan Jah.

            Pada 1975, beliau menubuhkan syarikat perdagangan beras dangan nama Bernas dan beliau tidak membiarkan syarikat beliau begitu sahaja tetapi beliau mendapatkan kotrak bagi membekalkan beras kepada FELDA, MARA dan lain-lain. Beliau tidak berhenti di situ sahaja, beliau terus menubuhkan syarikat usahasama bersama dua individu cina lain, dan beliau merupakan pemegang saham tertinggi iaitu 52% saham.Justeru, Bukhary Sdn. Bhd ditubuhkan pada 15 Julai 1976 di rumah kedai yang dibelinya dahulu.Syarikat ini memulakan perniagaan gula. Syeik mokhtar terus menubuhkan usahasama, Susu Mas Sdn,Bhd tetapi terus menjualnya akibat kemelesetan ekonomi. Beliau amat proaktif dengan membuat setiap keputusan agar dapat mengelakkan kerugian yang tinggi.

            Syeikh Mokhtar terus mengembangkan permulaan penguasaan ekonomi dengan menyertai delegasi ke China. Beliau terus menjalankan system barter dengan China, iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh di China. Ini menunjukkan daya fikiran dan kemampuan beliau untuk berfikir di luar kotak.Seterusnya, beliau mendapatkan kontrak dari China untuk membekalkan kasut menyebabkan beliau membuka kilang kasut.Seteusnya,beliau menjalankan perdangan dengan penswastaan perlabuhan kemudian beliau membina lebuh raya dan terus berkembang menjadi syarikat utama di Malaysia.

            Kesimpulannya, daripada satu ciri proaktif menyebabkan Syeikh Mokhtar menjadi seorang yang terkaya di Malaysia iaitu bilionair Malaysia. Disamping itu beliau terus membantu orang-orang awam terutama yang memerlukan melalui Yasasan Al-Bukhari.Beliau terus proaktif dalam mengembangkan perniagaan beliau dengan gigih dan teratur.Oleh itu,wajarlah kita mengambil contoh dari peribadi yang proaktif beliau. 

0 comments:

Post a Comment