Tuesday 10 May 2016

1.4 BERWAWASAN




            Menurut kamus dewan edisi keempat, berwawasan bermaksud mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan.

            Sebagai contoh, Tan Sri Dr. Tony Fernandes dikatakan seorang usahawan yang mempunyai salah satu ciri-ciri usahawan iaitu berwawasan. Hal ini kerana, beliau berwawasan tinggi dalam memajukan sebuah syarikat penerbangan yang hampir muflis dan mempunyai tanggungan hutang yang amat tinggi iaitu syarikat penerbangan AirAsia. Syarikat penerbangan AirAsia ini ditubuhkan oleh DRB-Hicom iaitu sebuah konglomerat kerajaan Malaysia. Pada ketika itu, AirAsia menanggung hutang sebanyak RM40 juta,dengan dua pesawat dan 254 kakitangan. Disebabkan AirAsia mempunyai tanggungan hutang yang tinggi, pihak DRB-Hicom melepaskan syarikat penerbangan mereka kepada Tune Air yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Tony Fernandes dengan harga RM1 sahaja. Akibat tangungan hutang yang terlalu banyak beliau dan sahabatnya mencagarkan rumah mereka untuk dijadikan modal.

            Penyusunan semula organisasi Air Asia dilakukan dengan imej dan konsep tambang murah telah membawa kepada perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Selain itu, AirAsia juga telah berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau.

            Oleh itu, syarikat penerbangan Air Asia diiktiraf sebagai syarikat penerbangan tambang murah yang pertama di Asia. Idea dan konsep ini  dicetuskan sendiri oleh Tan Sri Dr Tony Fernandes. Tambahan pula idea dan konsep penerbangan tambang murah ini diinspirasikan ketika beliau menuntut pengajian di England. Akibat tambang penerbangan di sana terlalu tinggi, beliau mengalami kesukaran untuk pulang atau ingin menuju dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.

            Pada tahun 2003, AirAsia menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebagai hab mereka kedua kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Singapura dan melancarkan penerbangan ke Thailand. Kemudiannya, Thai AirAsia telah ditubuhkan bagi operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang Bangkok, Thailand. Di Indonesia pula, AirAsia telah membeli Awair untuk sektor Indonesia dan sekarang dikenali sebagai Indonesia AirAsia.

            Seterusnya, pada tahun 2005 AirAsia mengumumkan penajaan dengan kelab bola sepak Manchaster United yang menyaksikan iklan AirAsia muncul di Stadium Old Trafford di kota Manchaster yang membolehkan pendedahan jenamanya kepada berjuta-juta penonton televisyen di seluruh dunia.

            Pada tahun 2006, terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dijadikan pusat operasi baru. Selain itu, AirAsia dijangka membawa 9 juta penumpang pada tahun tersebut. Pada 27 Mac, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa AirAsia mengambil alih 96 laluan domestik sampingan untuk disertakan dengan 19 laluan domestik utamanya sebgai sebahagian program rasionalisai laluan Malaysia Airlines yang menyaksikan sebahagian besar penerbangan domestiknya dialihkan kepada AirAsia pada 1 Ogos.

            Akhir sekali, atas sikap berwawasan Tan Sri Dr Tony Fernandes syarikat penerbangan AirAsia menjadi tumpuan masyarakat sehingga ke hari ini.

0 comments:

Post a Comment