Tuesday 10 May 2016

1.2 BERANI MENGAMBIL RISIKO



            Salah satu ciri-ciri usahawan yang berjaya ialah berani megambil risiko. Berani mengambil risiko bermaksud berani untuk berhadapan dengan sebarang masalah atau kesulitan yang akan dihadapi pada masa akan datang.Di dalam dunia perniagaan, risiko memainkan peranan penting dalam pembangunan  usahawan. Secara teori,semakin tinggi sesuatu risiko,semakin besar pulangannya. Seorang usahawan harus membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko kerana risiko yang terhitung  akan menjamin pulangan yang selamat.

            Usahawan yang berjaya dapat mengatasi risiko yang dihadapinya tanpa sebarang masalah.Mereka juga tidak mudah menyerah kalah apabila berhadapan dengan risiko.Hal ini akan menyebabkan mereka akan lebih lagi bekerja keras,berusaha,tabah dan konsisten untuk terus lagi maju ke hadapan.

            Sebagai contoh, Tan Sri Loh Boon Siew ,dengan terbinanya kilang ini di Mak Mandin, permintaan dan jualan  terhadap motorsikal dapat dipenuhi secara berterusan. Hal ini kerana jika berlaku sebarang masalah di Jepun, motorsikal Honda masih dapat dihasilkan dan dijual kerana ia dihasilkan di dalam Malaysia . Penghasilan motosikal ini di Malaysia menyebabkan kos jualan akibat cukai import dapat dikurangkan .

            Pada tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau secara tidak sengaja terlihat motosikal jenis Honda yang belum lagi pernah digunakan di Malaysia dan berfikir sekiranya motosikal tersebut dibawa pulang ke Malaysia kemungkinan besar motosikal tersebut mendapat pasaran yang baik.Beliau cuba mencari siapakah pengeluar motosikal tersebut dan selepas mengenalpasti pengeluarnya beliau terus merebut peluang untuk memesan 12 unit motosikal. Tan Sri Loh Boon Siew menjual motosikal Honda  kepada kawan-kawannya dan tidak mngambil sebarang keuntungan daripada jualan tersebut.Namun, motosikal yang dibawanya pulang daripada Jepun itu diperlekehkan oleh orang ramai kerana mereka beranggapan bahawa motosikal Honda itu cepat rosak dan tidak berguna. Walaupun diperlekehkan oleh orang ramai, Boon Siew tidak mudah berputus asa untuk memperkenalkan motosikal tersebut sehinggakan pada tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan bermotor yang diminati oleh orang ramai.

            Boon Siew membuat keputusan untuk tidak menjadikan Boon Siew Sdn Bhd sebagai senarai di Bursa Malaysia walaupun syarikat beliau telah berjaya dan dikenali oleh orang ramai dalam dunia permotoran.Boon Siew Sdn Bhd masih lagi merupakan sebuah perniagaan yang merupakan syarikat Sendirian Berhad hingga ke hari ini.

3 comments:

  1. Assalamualaikum, boleh saya tahu nama penulis blog ini bagi membantu saya menyiapkan kerja khusus perniagaan stpm. terima kasih

    ReplyDelete
  2. boleh saya thu nama penulis blog ini?

    ReplyDelete